Angkat surah Al-Saff bertepatan dengan usaha perjuang Palestin

Mohamad (lima dari kiri) memegang plakad program World #QuranHour yang dijadualkan berlangsung 25 Mac ini.
Mohamad (lima dari kiri) memegang plakad program World #QuranHour yang dijadualkan berlangsung 25 Mac ini.
A
A
A

SEREMBAN - Pemilihan Surah Al-Saff sempena program World #QuranHour yang dijadualkan berlangsung 25 Mac ini amat bertepatan dengan Malaysia yang tegas memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, menjadi satu kewajipan orang Islam untuk membela agama dan sesama orang Islam.

"Pada 25 Mac ini akan diadakan World#QuranHour oleh pihak Karangkraf yang sememangnya mengadakan program ini setiap tahun.

"Kali ini Surah Al-Saff ayat 14 yang dipilih, iaitu bagi orang-orang Mukmin perjuangkanlah jalan Allah untuk ummah dan ia bertepatan pula dengan kita yang sedang memperjuangkan rakyat Palestin," katanya ditemui Sinar Harian selepas Majlis Khatam al-Quran Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO) Pekerti Negeri Sembilan di sini pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk sama-sama menjayakan program berkenaan yang diadakan di seluruh negara.

Tambahnya, masyarakat Islam bukan sekadar perlu menjadikan membaca al-Quran sebagai amalan dalam kehidupan seharian mereka, tetapi perlu juga memahami isi kandungannya.

Sementara itu, Masjid Jamek An-Nur di Rembau menjadi lokasi utama penganjuran program di Negeri Sembilan.

Difahamkan lebih 10,000 dijangka mengambil bahagian dalam program tersebut yang diadakan di beberapa lokasi di negeri ini.

#SavingTheUmmah menjadi tema program yang telah memasuki sedekad penganjurannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!