UMNO ajak semua MP tolak sidang khas pilih PM ke-8

Tan Sri Annuar Musa. - Foto Saifuddin Abdul Karim
Tan Sri Annuar Musa. - Foto Saifuddin Abdul Karim
A
A
A

SHAH ALAM - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengajak semua ahli Parlimen untuk menolak sidang khas di Dewan Rakyat pada 2 Mac ini.

"Semua MP mesti berkata 'tidak' kepada sidang 2 (Mac) yang diumumkan Perdana Menteri Interim. Ia tak selaras dengan Perlembagaan, tidak mengikut prosedur dan tidak menghormati Agong," katanya menerusi Twitternya di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan calon Perdana Menteri akan ditentukan pada Persidangan Khas Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 2 Mac ini.

Dr Mahathir Mohamad berkata, perkara itu terpaksa dilakukan berikutan pertemuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan ahli Parlimen selama dua hari yang berakhir semalam tidak menemukan calon yang memperoleh majoriti jelas.

Artikel Berkaitan: