Ex Kurung: Seorang pelajar cedera ketika lari selamatkan diri

Polis mengadakan latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan melibatkan Pasukan Gerakan Khas 69 Komando di Politeknik Ungku Omar pada Isnin.
Polis mengadakan latihan pengurusan dan pengendalian krisis keganasan melibatkan Pasukan Gerakan Khas 69 Komando di Politeknik Ungku Omar pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Seorang pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) dilaporkan cedera semasa latihan simulasi Ex Kurung 2025 yang dijalankan oleh Pasukan Gerakan Khas 69 Komando di kampus institusi tersebut pada Isnin.

Pelajar perempuan berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan seliuh pada kaki kiri selepas terjatuh ketika berlari untuk menyelamatkan diri.

Dalam satu kenyataan, PUO memaklumkan bahawa pelajar tersebut telah menerima rawatan daripada petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian.

“Ketika ini tular pelbagai spekulasi berkenaan kakitangan atau pelajar yang tercedera semasa sesi simulasi dijalankan.

"PUO ingin memaklumkan bahawa setakat ini hanya seorang pelajar mengalami kecederaan ringan dan kini sedang mendapatkan rawatan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan yang sama turut menjelaskan bahawa latihan yang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan sebahagian daripada program pengurusan dan pengendalian krisis keganasan yang melibatkan pelbagai agensi keselamatan.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut berada di dalam kampus sepanjang latihan untuk memberikan bantuan kesihatan serta perkhidmatan psikologi kepada pelajar dan warga institusi yang memerlukan.

“Ibu bapa atau waris yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar PUO di talian 011-62557656,” jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Beberapa pengguna media sosial di laman Facebook mendakwa ahli keluarga mereka yang berada di lokasi latihan mengalami serangan panik dan beberapa kecederaan ketika cuba menyelamatkan diri kerana menyangka ia adalah situasi sebenar.

Terdahulu, polis memaklumkan bahawa latihan tersebut turut menyaksikan penyertaan pelbagai aset PDRM termasuk helikopter Pasukan Gerakan Udara (PGU), yang dijalankan untuk menilai kecekapan pihak berkuasa dalam menangani krisis seperti yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Latihan bermula dengan simulasi serangan kumpulan bersenjata yang kononnya menawan seorang pensyarah serta beberapa pelajar sebagai tebusan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!