Cedera teruk mimpi ngeri buat atlet

Roslin
Roslin
A
A
A

KECEDERAAN adalah satu perkara yang mahu dielakkan oleh mana-mana atlet kerana jika ia mencapai tahap serius, ia boleh menjadi mimpi ngeri dalam karier mereka.

Malah, kecederaan teruk termasuk melibatkan Ligamen Anterior Cruciate (ACL) yang gagal melalui proses pemulihan yang rapi berisiko ‘membunuh’ kerjaya mereka, biarpun pada usia muda.

Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim berkata, penyertaan atlet negara dalam kejohanan kompetitif dan berintensiti tinggi di peringkat antarabangsa meningkatkan risiko kecederaan.

Beliau berkata, walaupun badminton tidak melibatkan pelanggaran fizikal seperti bola sepak, pemain tetap terdedah kepada kecederaan bahu, belakang badan, tangan serta kaki.

Tambahnya, kadangkala kecederaan berlaku tanpa disedari akibat jadual kejohanan yang padat, terutamanya bagi pemain profesional yang terikat dengan syarat tertentu bersama penaja mereka.

“Pemain profesional tidak mempunyai pasukan sokongan khusus, sebaliknya semua urusan termasuk rawatan dan pemulihan kecederaan dilakukan sendiri.

“Jika kecederaan berpanjangan, mereka tidak boleh beraksi, sedangkan kejohanan adalah periuk nasi mereka untuk meneruskan kelangsungan karier. Andai berehat terlalu lama, apa pula kata penaja?

“Jadi, mereka perlu berhati-hati dan sedaya upaya mengelak daripada sebarang kecederaan serius kerana ia mungkin boleh menjejaskan kerjaya mereka,” katanya kepada Sukan Sinar.

Beliau mengulas kecederaan buku lali yang dialami Lee Zii Jia ketika tersingkir pada pusingan pertama Kejohanan Seluruh England selepas tewas kepada pemain Hong Kong, Ng Ka Long baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Roslin turut menegaskan bahawa keputusan untuk turun beraksi selepas pulih daripada kecederaan terletak di tangan atlet itu sendiri selepas mendapat pandangan serta nasihat pasukan perubatan dan jurulatih.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!