Fernandes berhak menang Liga Europa - Amorim

Fernandes menjadi watak utama United ketika kelab Inggeris itu membelasah Real Sociedad 4-1 di Old Trafford.
Fernandes menjadi watak utama United ketika kelab Inggeris itu membelasah Real Sociedad 4-1 di Old Trafford.
A
A
A

RUBEN Amorim memuji 'kapten sempurna' Bruno Fernandes selepas hatriknya membantu Manchester United meraih kemenangan yang sangat diperlukan dalam Liga Europa.

Prestasi yo-yo dalam saingan domestik musim ini menjadikan perlawanan menentang Real Sociedad di Old Trafford amat signifikan buat The Red Devils kerana ia menjadi satu-satunya harapan untuk meraih trofi secara realistik.

Aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di laman sendiri itu menyaksikan United membelasah Sociedad 4-1 untuk mara ke suku akhir dengan agregat 5-2.

Susulan itu, Amorim membuat rayuan kepada pemain United untuk memenangi Liga Europa sebagai hadiah kepada Fernandes kerana bintang Portugal itu telah banyak berkorban buat pasukan.

“Apabila kami memerlukannya, dia sentiasa ada. Fernandes mengetuai serangan dan dia juga bermati-matian turun ke bawah membantu pertahanan.

“Dia adalah kapten yang sempurna untuk pasukan kami dan kami perlu membantunya untuk memenangi trofi ini kerana dia sangat layak,” ujar Amorim.

Dalam perlawanan tersebut, Fernandes meledak hatrik sementara satu lagi gol United dijaringkan Diogo Dalot.

Di suku akhir nanti, United berdepan Olympique Lyonnais selepas kelab Perancis itu menewaskan Steaua Bucharest 4-0.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!