Lima buah rumah hangus dijilat api

Anggota bomba memadam kebaran di Jalan Seri Orkid 2, Taman Seri Orkid, Skudai pada petang Khamis. Foto JBPM Johor
Anggota bomba memadam kebaran di Jalan Seri Orkid 2, Taman Seri Orkid, Skudai pada petang Khamis. Foto JBPM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Seri Orkid 2, Taman Seri Orkid di sini, pada petang Khamis.

Empat buah kereta dan sebuah motosikal turut terbakar, namun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Faisal Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.47 petang.

"Seramai 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Iskandar Puteri dan Kempas dikerahkan ke lokasi bersama beberapa jentera termasuk FRT, CFRT, LFRT dan dua unit EMRS.

Anggota bomba memadam kebakaran di Jalan Seri Orkid 2, Taman Seri Orkid, Skudai pada petang Khamis. Foto JBPM Johor
Anggota bomba memadam kebakaran di Jalan Seri Orkid 2, Taman Seri Orkid, Skudai pada petang Khamis. Foto JBPM Johor

“Kebakaran membabitkan lima buah rumah berkeluasan 80x70 kaki. Dua rumah mengalami kemusnahan 90 peratus, manakala yang lain antara 10 hingga 85 peratus,” katanya dalam kenyataan pada malam Khamis.

Jelas beliau, kebakaran itu turut memusnahkan tiga kereta sebanyak 90 peratus, sebuah kereta 15 peratus dan sebuah motosikal 95 peratus.

"Operasi pemadaman dilakukan menggunakan air pili bomba ke WT20K melalui sistem relay pumping sebelum disalurkan ke pam angkut dengan empat pancutan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!