X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Mahathir
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan dirinya kembali sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas beliau diminta untuk berbuat demikian oleh partinya.

"Saya diminta supaya kembali jadi Pengerusi Bersatu tiga hari dahulu.

"Saya minta tangguh supaya saya fikir (dahulu). Jadi hari ini, saya setuju untuk kembali," katanya pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau berhasrat untuk kembali kepada Bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M terima kembali jawatan Pengerusi Bersatu

Isnin lalu, Dr Mahathir mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Sebelum ini juga dilaporkan ahli Bersatu memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk menarik kembali keputusan mengejutkan itu.