Jualan tiket bas balik raya laris, laluan ke Pantai Timur paling tinggi

Sebanyak 50 trip bas tambahan disediakan setiap hari sepanjang tempoh puncak 27 hingga 30 Mac serta 5 hingga 6 April.
Sebanyak 50 trip bas tambahan disediakan setiap hari sepanjang tempoh puncak 27 hingga 30 Mac serta 5 hingga 6 April.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menyediakan sebanyak 250,000 tiket bas ekspres bagi memenuhi permintaan penumpang sepanjang musim perayaan Aidilfitri bermula 26 Mac hingga 6 April ini.

Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkata, setakat ini sebanyak 59 peratus tiket keseluruhan telah terjual dengan laluan ke Pantai Timur mencatatkan permintaan tertinggi apabila hampir 75.3 peratus tiket telah habis dibeli setakat Rabu.

Faizal Redza
Faizal Redza

"Waktu puncak dijangka berlaku pada 27 hingga 30 Mac serta 5 hingga 6 April.

“Oleh itu, kami menasihatkan penumpang agar membeli tiket lebih awal dan mengutamakan pembelian secara dalam talian serta mendapatkan kod QR untuk pemprosesan daftar masuk yang lebih lancar," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Penumpang dinasihatkan supaya membeli tiket lebih awal dan mengutamakan pembelian secara dalam talian.
Penumpang dinasihatkan supaya membeli tiket lebih awal dan mengutamakan pembelian secara dalam talian.

Beliau turut menasihatkan penumpang untuk tiba sekurang-kurangnya sejam lebih awal pada hari pelepasan terutamanya pada waktu puncak bagi mengelakkan kesesakan dan kelewatan.

Bagi menampung peningkatan jumlah penumpang, sebanyak 50 trip bas tambahan disediakan setiap hari sepanjang tempoh puncak.

Artikel Berkaitan:

TBS beroperasi 24 jam sehari menyediakan perkhidmatan bas ke destinasi di Utara, Selatan, dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
TBS beroperasi 24 jam sehari menyediakan perkhidmatan bas ke destinasi di Utara, Selatan, dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

TBS yang beroperasi 24 jam sehari menyediakan perkhidmatan bas ke destinasi di Utara, Selatan dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian tiket, orang ramai boleh melayari laman web rasmi TBS di www.tbsbts.com.my.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!