Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya jam 9.46 pagi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau pada Khamis.
Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM Putrajaya jam 9.46 pagi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada jam 9.46 pagi, Khamis bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Membuka cermin kereta yang dinaiki, Ahli Parlimen Bera itu melemparkan senyuman dan melambaikan tangan kepada pihak media yang menantinya sejak awal pagi.

Sinar Harian difahamkan, siasatan itu berkaitan dengan perbelanjaan publisiti kerajaan dan perolehan semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan bahawa Ismail Sabri telah mengisytiharkan harta kepada pihak berkuasa sebagai sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan.

Pengisytiharan itu dibuat pada 10 Februari lalu selepas diarahkan oleh agensi berkenaan.

Pada 2 Mac lalu, agensi berita antarabangsa melaporkan SPRM telah merampas aset bernilai hampir RM170 juta dalam pelbagai mata wang, selain 16 kilogram jongkong emas yang dikatakan mempunyai kaitan dengan siasatan ini.

SPRM juga menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah pentadbiran Ismail Sabri serta menjalankan serbuan di empat premis berkaitan.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Ismail Sabri berhubung siasatan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!