Mufti nasihatkan rakyat bertenang hadapi kemelut politik

Mohamad Shukri (kiri) memotong reben sebagai simbolik merasmikan pembukaan Masjid At-Taqwa SMK Bukit Jawa sambil disaksikan oleh Azman (kanan).
Mohamad Shukri (kiri) memotong reben sebagai simbolik merasmikan pembukaan Masjid At-Taqwa SMK Bukit Jawa sambil disaksikan oleh Azman (kanan).
A
A
A

PASIR PUTEH - Rakyat perlu berada dalam keadaan tenang ketika berdepan ujian kemelut politik dan kepimpinan yang sedang melanda negara ketika ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ketenangan itu amat diperlukan bagi mengelakkan tercetusnya perkara-perkara kurang baik yang boleh menggugat kestabilan tanah air.

"Justeru, saya mengharapkan seluruh umat Islam memperbanyakkan solat hajat, munajat serta berdoa kepada ALLAH bagi memohon petunjuk dalam menyelesaikan kemelut yang sedang melanda ketika ini.

"Langkah ini bertujuan supaya ALLAH hadirkan petunjuk yang terbaik dalam merungkai masalah yang sedang berlaku itu," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Karnival Pendidikan Islam dan Masjid At-Taqwa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jawa, Selising di sini hari ini.

Menurutnya, solat hajat dan doa itu merupakan 'senjata' terbaik buat umat Islam setiap kali mereka berdepan ujian atau musibah.

Malah, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya jangan terlalu ghairah berkongsi maklumat yang tidak tepat yang boleh menimbulkan situasi huru-hara.

Artikel Berkaitan: