Kami masih PH, Tun telah keluar PH, kata Anwar

Anwar ketika keluar selepas selesai menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Hotel Eastin Petaling Jaya. -Foto Sinar Harian IZHARI ROSLI
Anwar ketika keluar selepas selesai menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Hotel Eastin Petaling Jaya. -Foto Sinar Harian IZHARI ROSLI
A
A
A

PETALING JAYA - Pakatan Harapan (PH) tidak akan berbincang dengan Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun Perdana Menteri Interim itu kembali semula kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak, perkara itu tidak ditimbulkan. Kami masih PH, Tun telah keluar PH," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan jika PH akan menjemput semula Dr Mahathir.

Beliau berkata demikian ketika selesai menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Hotel Eastin Petaling Jaya sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M terima kembali jawatan Pengerusi Bersatu

Terdahulu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya memaklumkan Dr Mahathir menerima kembali jawatannya selaku Pengerusi Bersatu hari ini.

Artikel Berkaitan: