'Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini'

MALAYAN Flour Mills Berhad (MFM) dengan bangganya menampilkan kempen 'Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini' sebagai penghargaan kepada resipi tradisi yang mengeratkan hubungan serta mengukuhkan ikatan keluarga.
Kempen ini bertujuan menekankan kepentingan memelihara resipi keluarga, mengeratkan hubungan antara generasi dan meraikan budaya berkongsi hidangan yang disediakan dengan penuh kasih sayang secara turun-temurun.
MFM berkata, jenama tepung MFM telah menjadi sebahagian daripada warisan keluarga sejak lebih lima dekad, dan kini produk terkenal MFM seperti MFM Cap Ros menjadi ikon pelbagai resipi yang melangkaui generasi.

"Kempen ini turut memainkan peranan sebagai pelengkap yang menghubungkan kenangan masa lalu dan masa kini.
"Setiap resipi mengandungi pelbagai cerita tersendiri, daripada gelak tawa di dapur nenek hingga kreativiti anak muda, menjadikan setiap hidangan bukan sekadar hidangan biasa, tetapi satu kapsul rasa yang abadi," katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, tepung MFM Cap Ros telah menjadi warisan kepercayaan yang diturunkan dari generasi ke generasi selama lebih 60 tahun.
"Tepung MFM Cap Ros bukan sekadar bahan masakan biasa, malah ia merupakan simbol kesinambungan yang membolehkan keluarga menghasilkan semula rasa asli dan diwariskan kepada generasi berikutnya," katanya.
Dihasilkan melalui proses teliti bagi mengekalkan kualiti serta diperkaya dengan Vitamin B1, B2, niasin dan zat besi, tepung MFM Cap Ros sesuai digunakan untuk pelbagai juadah tradisional, sekali gus memastikan kuih-kuih klasik seperti Kuih Lapis, Almond London dan Kuih Bahulu kekal enak seperti zaman dahulu.
Sementara itu, kempen 'Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini' turut menekankan bahawa aktiviti memasak bersama keluarga bukan sekadar menyediakan hidangan atau berkongsi resipi, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan seisi keluarga.
"Sama ada seorang nenek mengajar cucunya cara terbaik menguli doh atau adik-beradik bekerjasama membuat kuih raya, dapur menjadi ruang berkongsi makanan, cerita, ketawa dan menzahirkan rasa kasih sayang," katanya.
Justeru, sempena Ramadan dan Aidilfitri, kempen 'Resipi Dari Hati MFM, Dari Dulu Hingga Kini' mempelawa setiap keluarga untuk meraikan kasih sayang melalui hidangan yang dimasak bersama di rumah.
Menariknya, MFM turut berkongsi tiga resipi pilihan tepung MFM Cap Ros untuk menyemarakkan raya iaitu Kuih Almond London, Kuih Lapis Legit dan Kuih Bahulu Cheesecake.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
