Jenazah ketiga kemalangan di Senawang selamat dikebumikan

Ibu Allahyarham menyiram air di pusara Allahyarham yang selamat dikebumikan pada jam 12.40 tengah malam.
Ibu Allahyarham menyiram air di pusara Allahyarham yang selamat dikebumikan pada jam 12.40 tengah malam.
A
A
A

SEREMBAN - Jenazah seorang lagi mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan Honda Jazz Khamis lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah Taman Zaitun Indah, Sikamat kira-kira jam 12.40 tengah malam pada Selasa.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan tanah perkuburan apabila kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan Allahyarham Aisar Azim Abdullah dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir remaja yang berusia 17 tahun terbabit.

Allahyarham disahkan meninggal dunia jam 7.23 malam tadi di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini ketika dirawat selepas lima hari bertarung nyawa.

Salah seorang adik Allahyarham yang tidak dapat menahan kesedihan pemergian Allahyarham.
Salah seorang adik Allahyarham yang tidak dapat menahan kesedihan pemergian Allahyarham.

Terdahulu jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kariah Mambau untuk dimandikan dan dibawa ke Surau Flat UDA Ampangan untuk disolatkan.

Mangsa ketiga yang meninggal dunia dalam kemalangan dekat persimpangan lampu isyarat itu tiba di tanah perkuburan kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Ibu Allahyarham yang tidak dapat menahan sebak pemergian Allahyarham
Ibu Allahyarham yang tidak dapat menahan sebak pemergian Allahyarham

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam Khamis itu, dua remaja masing-masing berusia 15 dan 16 tahun maut di lokasi selepas motosikal yang dinaiki mereka dikatakan dirempuh sebuah kereta jenis Honda Jazz.

Ibu Allahyarham (duduk) dan anak-anak lain yang hadir ke Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah Taman Zaitun Indah di Sikamat.
Ibu Allahyarham (duduk) dan anak-anak lain yang hadir ke Tanah Perkuburan Islam Maqbarah Salimah Taman Zaitun Indah di Sikamat.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pemandu Honda Jazz iaitu lelaki berusia 18 tahun didapati tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya, Honda Jazz berkenaan dikatakan gagal berhenti di lampu isyarat merah sebelum dipercayai merempuh dua motosikal yang turut menyebabkan pemandu dan penumpangnya serta seorang lagi penunggang motosikal parah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!