Op Mabuk: 28 pemandu ditahan, 482 saman dikeluarkan

JOHOR BAHRU - Seramai 28 individu ditahan manakala 482 saman dikeluarkan dalam Operasi Khas Op Mabuk yang dijalankan serentak di seluruh Johor dari Jumaat hingga Ahad lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 24 hingga 70 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Selain tangkapan, sebanyak 482 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk pengabaian isyarat (79 saman), tiada nombor pendaftaran atau tidak mengikut spesifikasi (68 saman) serta halangan lalu lintas (67 saman).
"Tiada kompromi bagi mereka yang memandu secara cuai dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain,"** katanya.
Menurutnya, operasi itu akan diteruskan bagi meningkatkan kesedaran serta mendidik pemandu agar lebih bertanggungjawab di jalan raya.
Kesemua pemandu yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda maksimum RM30,000, dipenjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.
Polis turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi undang-undang dan tidak mengambil mudah aspek keselamatan jalan raya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
