'Kalau suruh isytihar aset setiap tahun, saya akan buat demi Muar' - Syed Saddiq

Syed Saddiq mengesahkan bakal menerima peruntukan daripada kerajaan tidak lama lagi selepas lebih lima kali mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Syed Saddiq mengesahkan bakal menerima peruntukan daripada kerajaan tidak lama lagi selepas lebih lima kali mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengesahkan bakal menerima peruntukan daripada kerajaan tidak lama lagi selepas lebih lima kali mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, pihaknya tiada masalah untuk menandatangani perjanjian keyakinan dan perbekalan (CSA) atau memorandum persefahaman (MoU) serta mengikuti segala syarat ditetapkan antaranya keperluan mengisytiharkan aset asalkan kebajikan penduduk Muar terjaga.

"Jika ada keperluan untuk isytihar aset, saya akan lakukan. Saya pun antara menteri terawal yang berbuat demikian sebelum pilihan raya lagi. Tak kisah nak suruh isytihar setiap tahun pun tiada masalah.

"Ini demi kebaikan warga Muar dan diharapkan ada berita terbaik buat mereka dalam tempoh terdekat supaya bantuan kebajikan serta pembangunan dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Insya-ALLAH jika berjaya dengan perjanjian ini, semua akan berjalan lancar. Saya sahut perkara ini dengan baik dan terima kasih juga saya ucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Fadillah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Sebelum ini, Fadillah yang juga Ketua Jawatankuasa Majlis Perundingan Kerajaan memaklumkan, bekas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu secara prinsip telah menyatakan persetujuan bagi syarat-syarat ditetapkan kerajaan.

Jelas beliau, segala perincian kini di peringkat akhir dan bakal dimuktamadkan tidak lama lagi, dalam masa sama turut memberitahu pihaknya belum menerima maklum balas daripada ahli Parlimen pembangkang lain.

Terdahulu, Syed Saddiq mendakwa terpaksa bersetuju untuk menjadi model sebagai usaha mendapatkan dana bagi menampung keperluan rakyat di kawasannya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!