[VIDEO] Isu peruntukan pembangkang: Takiyuddin hubungi Fadhillah

A
A
A

SHAH ALAM - Pembangkang ada menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu peruntukan untuk ahli Parlimen daripada blok berkenaan.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika mengadakan sidang media bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan ahli Parlimen PN yang lain.

Takiyuddin berkata, beliau menghubungi Fadillah untuk bertanyakan mengenai jawatankuasa bagi melihat semua cadangan daripada pembangkang ke arah penyelesaian menyeluruh.

"Saya menghantar mesej pada beliau mengenai kenyataan bahawa beliau akan tubuh jawatankuasa perundingan, saya tanya betul ke macam ni?'.

"Dia kata pada saya, hantar surat dulu, saya tubuh jawatankuasa,"ujarnya pada Khamis.

Tambah Takiyuddin, beliau mempunyai bukti dan hanya bercakap dengan menggunakan fakta.

Takiyuddin
Takiyuddin

"Boleh tanya dia balik. Saya ada bukti, saya peguam, saya tak akan cakap tanpa fakta.

"Dia kata kalau ada pembangkang masuk satu permohonan pada beliau minta nak berunding atau ada cadangan balas, baru dia akan tubuh jawatankuasa," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Fadillah membuat kenyataan bahawa sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan bagi membincangkan sebarang cadangan berhubung isu peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.

Penubuhan jawatankuasa itu perlu bagi meneliti sebarang cadangan daripada pembangkang bagi menyelesaikan isu berkenaan secara lebih konsensus dan menyeluruh.

Fadillah berkata setakat ini, hanya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang datang bertemunya untuk berunding dalam isu berkenaan.

Sementara itu, Hamzah memberitahu, langkah seterusnya buat PN ialah menulis surat kepada Fadillah untuk pengesahan rasmi.

"Kita akan hantar surat menyatakan apakah benar kenyataan beliau yang beliau minta supaya kita menghantar surat.

"Kita akan tulis surat bahawa jika benar, kami bersetujulah untuk ditubuh satu jawatankuasa ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!