Tun M menghadap Agong pagi ini

Kenderaan rasmi yang membawa beliau keluar dari bangunan Perdana Putra menuju ke Istana Negara jam 10.30 pagi.
Kenderaan rasmi yang membawa beliau keluar dari bangunan Perdana Putra menuju ke Istana Negara jam 10.30 pagi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah jam 11 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh pegawainya kepada pemberita.

Kenderaan rasmi yang membawa Dr Mahathir keluar dari bangunan Perdana Putra pada jam 10.30 pagi menuju ke Istana Negara.

Dr Mahathir kelihatan tersenyum dan melambaikan tangannya kepada petugas media.

Difahamkan kunjungan ke istana itu bagi menyelesaikan kekusutan politik yang melanda tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri

Dr Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri interim

Dr Mahathir mahu bentuk kerajaan tanpa parti politik

Artikel Berkaitan: