Kerjaya pembantu maya mampu cecah pendapatan lima angka

Nurfatin (tiga dari kanan) bersama tulang belakangnya iaitu pasukan NF Techcorp Solutions.
Nurfatin (tiga dari kanan) bersama tulang belakangnya iaitu pasukan NF Techcorp Solutions.
A
A
A

SHAH ALAM - Siapa sangka kerjaya pembantu maya atau virtual assistant mampu menghasilkan pendapatan lumayan mencecah sehingga lima angka dengan hanya bekerja dari rumah (WFH) asalkan servis ditawarkan memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Pengarah NF Techcorp Solutions, Nurfatin Ahmad berkata, 34, berkata, dia mula menceburi bidang itu secara solo sejak 2021 kerana mahu mencari pendapatan, namun dalam masa sama ingin menguruskan keperluan keluarga kecil di rumah.

Menurut anak kelahiran Ipoh, Perak itu, pentadbiran, pengurusan media sosial, pemasaran digital, terjemahan, kemasukan data, perakaunan, teknologi maklumat dan lain-lain antara perkhidmatan ditawarkannya, bahkan permintaan pelanggan tidak putus-putus sehingga sekarang.

NF Techcorp Solutions antara penyedia latihan berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).
NF Techcorp Solutions antara penyedia latihan berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).

Katanya, servis tersebut amat membantu syarikat-syarikat korporat untuk menguruskan operasi harian dengan lebih baik tanpa perlu mengajikan terlalu ramai pekerja.

“Saya tidak ada kesempatan untuk jual produk disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada tahun itu, jadi saya jual servis dalam talian berbekalkan pengalaman dan belajar sendiri di laman sesawang.

“Lama kelamaan permintaan semakin meningkat dan saya mula nampak satu peluang besar dalam industri ini. Tetapi, saya tak boleh buat semua kerja sendiri, jadi saya tubuhkan syarikat serta rekrut sembilan staf mengikut kepakaran masing-masing.

“Klien bukan sahaja dari Malaysia, bahkan Singapura, Jerman, Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain. Jika klien berpuas hati, mereka akan meneruskan servis yang kami tawarkan setiap bulan dan itulah memungkinkan kami dapat cecah pendapatan dari ratusan ringgit hingga lima angka sebulan bergantung skop kerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Ibu kepada empat cahaya mata tersebut memaklumkan, pihaknya turut memberi peluang kepada individu yang berminat untuk mengembangkan bakat dan kemahiran dalam bidang berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ia kerana katanya, NF Techcorp Solutions selaku penyedia latihan berdaftar dengan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) menjalankan sesi mengajar dan membimbing pembantu maya yang baharu.

Bagaimanapun, Nurfatin tidak menafikan kerjaya tersebut ada cabarannya terutama ketika mula-mula mempelajari skop kerja pembantu maya memandangkan semuanya diusahakan sendiri dari kosong.

“Justeru, pengurusan masa amat penting. Tip buat kaum wanita di luar sana, tak perlu tahu semua perkara tapi cukup sekadar tahu kita boleh buat dan kalau boleh urus sesuatu kerja dengan baik pasti boleh berjaya sehingga mampu bina empayar sendiri,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!