Tawar khidmat gosok, lipat baju

Perkhidmatan melipat dan menggosok pakaian yang ditawarkan menerusi aplikasi Kasisetel. Gambar kecil: Nur Khalida
Perkhidmatan melipat dan menggosok pakaian yang ditawarkan menerusi aplikasi Kasisetel. Gambar kecil: Nur Khalida
A
A
A

SHAH ALAM - Melihat kepada keperluan melipat dan menggosok pakaian, ia memberi idea kepada suri rumah untuk membangunkan satu aplikasi dalam talian yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Lebih membanggakan, aplikasi dicipta Nur Khalida Mohd Khalid Khan, 32, itu kini mempunyai lebih 40,000 pengguna sejak dilancarkan pada tahun 2022 sehingga mampu menjana pendapatan sehingga RM1 juta, selain menarik pelaburan baharu dari Singapura.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, pihaknya turut menerima kontrak pelbagai sektor seperti hotel, sekolah, klinik, salun, restoran dan kilang.

“Kita bukan sahaja meluaskan perkhidmatan di Singapura, tetapi akan melatih lebih ramai suri rumah di sana untuk berdikari mencari sumber kewangan.

“Menerusi sokongan pelabur dan permintaan yang semakin meningkat, jenama tempatan ini berpotensi menjadi platform di peringkat global dalam industri perkhidmatan,” katanya yang tinggal Bandar Saujana Putra, Selangor.

Menurut Nur Khalida, dia dipilih menyertai program anjuran MadCash dengan kerjasama Perantis di bawah Jabatan Pembangunan Wanita bagi membentangkan perniagaan mereka kepada pelabur luar negara.

Nur Khalida berkata, aplikasi miliknya mendapat perhatian kerana turut memberi peluang kepada suri rumah lain menjana pendapatan secara fleksibel.

“Walaupun hanya sebagai tukang lipat baju, kita masih mampu merancakkan ekonomi dan membantu wanita lain mendapat lebih masa bersama keluarga mereka.

“Sebagai suri rumah, saya juga ada cabaran membahagikan masa antara keluarga dan perniagaan, namun keluarga tetap keutamaan.

Artikel Berkaitan:

“Siang fokus pada kerja rumah dan hanya waktu malam uruskan perniagaan. Di rumah, saya adalah seorang isteri dan ibu, tetapi di luar saya bangga bergelar usahawan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!