Lelaki tikam muka bekas kekasih selepas minta putus

TEGAL - Kejadian tular seorang wanita ditikam bekas kekasihnya sendiri.
Insiden itu berlaku di Kota Tengal, Kelurahan Keturen, Kecamatan Tegal Selatan di Jawa Tengah, Indonesia pada Khamis lalu.
Rakaman video memaparkan pisau masih tertancap pada bahagian mukanya turut dikongsi di Facebook.
Kasatreskrim Polres Tegal Kota, AKP Eko Setiabudi memaklumkan mangsa dikenali sebagai RN,33, manakala bekas teman lelakinya, SRP, 34.
"Kedua-duanya merupakan warga Cianjur. Mereka sudah berhubungan lama dan berpacaran selama 10 bulan malah merancang untuk berkahwin.
"Tetapi, RN didakwa curang selepas dia bekerja di Tangerang pada November lalu. Mereka pernah bertengkar sebelum mangsa menghilangkan diri daripada SRP. Dia cuba menjejaki RN, namun nombornya telah disekat," katanya pada Sabtu.
Pelaku akhirnya berjaya mengesan keberadaan wanita itu di Kota Tengal melalui Facebook dan dia kemudiannya menaiki bas ke lokasi tersebut.
"Setelah bertemu di bilik sewa RN, dia nekad meminta putus. Pelaku naik berang selepas melihat ada kesan ciuman di leher RN lalu menusuk pisau pada mukanya," jelasnya lagi.
Mangsa jatuh tersungkur dan sempat menjerit meminta tolong penghuni lain.
SRP berjaya ditahan warga setempat dan diserahkan kepada pihak berkuasa. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

