Adik bekas pemain Harimau Malaya ditemui selamat selepas 12 hari hilang

Mohamad Lazim Ismail. Laporan Sinar Harian berhubung kehilangan Nur Khalisya ketika pulang dari sekolah
Mohamad Lazim Ismail. Laporan Sinar Harian berhubung kehilangan Nur Khalisya ketika pulang dari sekolah
A
A
A

KUALA LUMPUR – Adik kepada bekas penyerang Harimau Malaya, Hadin Azman yang dilaporkan hilang sejak 25 Februari lalu, ditemui selamat pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, remaja perempuan berusia 16 tahun itu ditemui di rumah keluarga angkatnya di Jalan Sikamat Lama, Seremban Putra, Negeri Sembilan.

Menurutnya, Nur Khalisya sebelum ini dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang dari sekolahnya di Jalan Peel di sini.

"Maklumat lanjut akan menyusul," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, kehilangan remaja itu dilaporkan selepas dia tidak pulang ke rumah sejak 25 Februari lalu.

Remaja terbabit yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Jalan Peel, kali terakhir dilihat berjalan kaki sendirian dari kawasan taman permainan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana, Jalan Peel.

Ibunya yang berusia 44 tahun membuat laporan polis pada jam 11.29 malam selepas remaja terbabit tidak pulang ke rumah.

Wanita itu sebelum ini memaklumkan, anaknya keluar rumah seperti biasa pada jam 7 pagi dan memberitahu mempunyai kelas tarian di sekolah.

Bagaimanapun, remaja itu tidak muncul selepas hampir 40 minit menunggu sebelum dimaklumkan oleh pengawal keselamatan sekolah bahawa tiada pelajar berada di kawasan sekolah ketika itu.

Artikel Berkaitan:

Rakan mangsa kemudian memaklumkan bahawa remaja terbabit dilihat berjalan kaki pulang bersendirian dari kawasan taman permainan PPR Laksamana kira-kira jam 5 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!