Kecederaan hantui prestasi Tottenham

Romero (kanan) antara pertahanan Tottenham yang ditagih kembali khidmat baki saingan musim ini. - Foto Agensi
Romero (kanan) antara pertahanan Tottenham yang ditagih kembali khidmat baki saingan musim ini. - Foto Agensi
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou menegaskan masalah kecederaan yang melanda kelab London itu menjadi punca prestasi tidak konsisten dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Menurut Postecoglou, situasi itu menyebabkan The Lilywhites menduduki tangga ke-13 selepas tujuh perlawanan tanpa kemenangan pada Disember dan Januari, sebelum meraih tiga kemenangan berturut-turut bulan lalu.

"Ketidakkonsistenan ini berpunca daripada ketiadaan barisan pemain yang konsisten. Perlawanan malam tadi adalah gambaran sebenar di mana kami berada.

"Kami memerlukan lebih banyak perlawanan untuk mencapai tahap yang kami inginkan. Kekecewaan malam tadi harus ditebus pada hujung minggu ini. Saya masih mahu kami berada di kedudukan teratas," katanya.

Dalam perkembangan lain, Postecoglou memberi bayangan bahawa pertahanan Cristian Romero dan Micky van de Ven mungkin akan kembali beraksi menentang Bournemouth di Stadium Tottenham Hotspur pada Ahad ini.

“Apabila saya melihat keadaan padang malam tadi, saya membuat keputusan untuk tidak menurunkan mereka.

“Padang itu tidak bagus, dan saya tidak mahu mengambil risiko mendedahkan mereka kepada kecederaan. Namun, dengan latihan dan pemulihan tambahan, saya harap mereka akan bersedia untuk beraksi," katanya.

Postecoglou turut berharap Dominic Solanke akan pulih dengan cepat selepas mengalami kecederaan lutut.

"Masih terlalu awal untuk mengatakan. Dia mengalami kecederaan di bahagian belakang lututnya, tetapi ia hanya ketukan, jadi saya harap ia akan pulih dengan cepat," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Pertahanan Ben Davies juga berpeluang untuk kembali beraksi pada Ahad ini selepas pulih daripada kecederaan.

LIGA PERDANA INGGERIS

JADUAL PERLAWANAN

SABTU (8 MAC)

Nottingham Forest lwn Manchester City, 8.30 malam

Liverpool lwn Southampton, 11 malam

Crystal Palace lwn Ipswich Town, 11 malam

Brighton lwn Fulham, 11 malam

AHAD (9 MAC)

Brentford lwn Aston Villa, 1.30 pagi

Wolverhampton lwn Everton, 4 pagi

Tottenham Hotspur lwn Bournemouth, 10 malam

Chelsea lwn Leicester City, 10 malam

ISNIN (10 Mac)

Manchester United lwn Arsenal, 12.30 malam

SELASA (11 Mac)

West Ham United lwn Newcastle United, 4 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!