Persiapan singkat bukan halangan

Para pemain negara sedang menjalani latihan di Kuala Terengganu. FOTO: FAM
Para pemain negara sedang menjalani latihan di Kuala Terengganu. FOTO: FAM
A
A
A

PERSIAPAN singkat tidak menjadi masalah buat skuad bola sepak pantai negara yang bakal menghadapi cabaran di Piala Asia Bolasepak Pantai 2025 di Pattaya, Thailand bermula 21 Mac ini.

Pengendali skuad negara, Mohd Saiful Md Noor berkata, tempoh dua minggu latihan di Kuala Terengganu sudah cukup dibantu semangat para pemain yang cukup tinggi untuk menghadapi kejohanan itu.

"Kita sedang melakukan persiapan selama dua minggu bagi menghadapi Piala Asia Bolasepak Pantai 2025 di Pattaya, Thailand bermula 21 Mac ini.

"Semangat para pemain amat tinggi dan bersedia untuk menghadapi kejohanan kali ini," katanya.

Menurutnya, skuad kali ini turut dibarisi oleh pemain yang sudah memiliki pengalaman dua hingga tiga kali beraksi di pentas Asia.

"Pasukan kali ini juga gabungan dengan barisan pemain muda yang turut mendapat panggilan sekali gus memberikan satu kelainan dalam pasukan.

"Para pemain juga sudah menunjukkan keserasian dan barisan kejurulatihan tiada masalah untuk membentuk sistem permainan walaupun dalam masa yang singkat," ujarnya.

Skuad negara akan memulakan kempen Piala Asia tersebut dengan perlawanan pertama Kumpulan D menentang Bahrain pada 21 Mac dan kemudiannya menentang Oman pada 23 Mac.

Artikel Berkaitan:

Mereka akan menutup aksi Kumpulan D menentang Vietnam pada 25 dengan kesemua perlawanan berlangsung di Jomtien Beach Arena, Pattaya, Thailand.

Berdasarkan format pertandingan, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!