SPRM selesai temu bual doktor rawat Ismail Sabri

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai selesai menemu bual doktor yang merawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.
Menurut sumber, temu bual bersama doktor itu dilakukan susulan bekas Perdana Menteri itu mendapat sijil cuti sakit daripada doktor tersebut.
Selain itu kata sumber, temu bual itu dilakukan bagi mengetahui tahap kesihatan Ahli Parlimen Bera tersebut.
"Temu bual SPRM bersama doktor itu dilakukan hari ini (Jumaat), bermula jam 3.30 petang.
"Temu bual itu dilakukan di sebuah hospital iaitu tempat doktor tersebut bekerja iaitu di Selangor," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Ditanya berapa lama tempoh temu bual itu dilakukan, tidak diketahui berapa lama temu bual itu dijalankan.
Menurut sumber, pertemuan SPRM dengan doktor tersebut sekadar temu bual, bukannya satu proses rakaman percakapan.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Jumaat, tetapi beliau tidak akan berbuat kemudian kerana dikatakan masih tidak cergas untuk berbuat demikian.
Difahamkan, Ahli Parlimen Bera itu diberikan sijil cuti sakit sehingga Rabu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!