[VIDEO] Penganggur didakwa bunuh penyanyi sambilan

A
A
A

MELAKA - Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat atas tuduhan membunuh rakan sebiliknya yang juga penyanyi sambilan di sebuah rumah pada Februari lalu.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan terhadap tertuduh, Hong Yew Peng, 54, yang berasal dari Kedah berikutan kes bunuh berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa dengan niat telah menyebabkan kecederaan tubuh badan sehingga mendatangkan kematian terhadap seorang wanita, Ling Lu Cheng, 52.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Seri Mangga 1/8 Taman Seri Mangga Seksyen 1, di sini, antara jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi pada 22 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun.

Yew Peng dituduh membunuh penyanyi sambilan yang juga rakan sebiliknya di sebuah rumah di Jalan Seri Mangga 1/8 Taman Seri Mangga Seksyen 1, Melaka antara jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi pada 22 Februari lalu.
Yew Peng dituduh membunuh penyanyi sambilan yang juga rakan sebiliknya di sebuah rumah di Jalan Seri Mangga 1/8 Taman Seri Mangga Seksyen 1, Melaka antara jam 1.30 pagi hingga 3.30 pagi pada 22 Februari lalu.

Sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati hendaklah juga dihukum tidak kurang 12 kali sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Aliyah Ahmad Kamarulnajuib tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon tarikh baharu untuk serahan laporan kimia serta bedah siasat mangsa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 April depan untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada Februari lalu menyiarkan seorang penyanyi sambilan yang juga ibu kepada tiga anak ditemukan mati dipercayai dibunuh teman lelaki di rumah sewa berkenaan.

Pada kejadian jam 11 pagi, mangsa berusia 52 tahun dan telah menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak beberapa bulan lalu, ditemukan dalam keadaan terbaring atas katil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!