14 kesan tikaman, satu kena jantung punca kematian penyanyi sambilan

Laporan Sinar Harian pada Isnin.
Laporan Sinar Harian pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Hasil bedah siasat ke atas mayat penyanyi sambilan yang dibunuh pada Ahad lalu di rumah sewanya di Taman Seri Mangga, Malim di sini mendapati terdapat 14 luka tikam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, satu daripada tikaman berkenaan mengenai jantung sehingga menyebabkan kematian mangsa.

"Bedah siasat ke atas mayat Ling Lu Cheng, 52, telah dijalankan pada Isnin kira-kira jam 9 pagi hingga 5.10 petang oleh Pakar Perubatan Forensik Hospital Melaka.

"Pemerikasaan luaran mayat oleh pakar perubatan forensik mengesahkan mangsa mengalami 14 luka tikam iaitu tiga tikaman di muka, lima di dada serta lima tikaman di lengan bawah kiri dan tangan kiri selain satu pada betis kanan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, terdapat juga kesan luka hiris di dada dan tangan kiri selain kesan lebam di dahi kiri.

"Pemeriksaan dalaman terhadap mayat pula, pakar perubatan forensik mengesahkan terdapat kecederaan fatal iaitu satu luka tikaman di dada kiri yang telah menembusi aorta interkostal kedua dan menembusi sehingga ke aorta menaik ascending aorta.

"Ini menyebabkan pendarahan dan pengumpulan darah dalam kantung jantung sehingga menyebabkan kematian.

"Doktor pakar mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan 'stab wound to the aorta' atau luka tikaman pada aorta," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, mangsa juga disahkan meninggal dunia lebih dari 24 jam daripada waktu bedah siasatan dijalankan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat bersama kekasihnya sejak beberapa bulan lalu, ditemukan mati dalam keadaan terbaring atas katil.

Mangsa dipercayai dibunuh kekasihnya dengan terdapat kesan tikaman selain polis mengesyaki motif kejadian adalah disebabkan cemburu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!