Suspek bunuh penyanyi sambilan disambung reman

Proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Mahkamah Majistret Melaka berikutan tempoh reman suspek yang bermula pada 24 Februari tamat pada Ahad lalu. - Gambar hiasan
Proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Mahkamah Majistret Melaka berikutan tempoh reman suspek yang bermula pada 24 Februari tamat pada Ahad lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - Suspek utama kes pembunuhan seorang wanita di sebuah rumah teres di Taman Seri Mangga Seksyen 1, Malim, di sini pada bulan lalu disambung reman seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Mahkamah Majistret Melaka berikutan tempoh reman lelaki berusia 54 tahun itu yang bermula pada 24 Februari tamat pada Ahad lalu.

"Tempoh reman dilanjutkan bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kematian.

"Suspek kini disambung reman lagi tujuh hari sehingga 9 Mac ini," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sinar Harian pada 23 Februari lalu melaporkan, seorang penyanyi sambilan yang juga ibu kepada tiga anak ditemukan mati dipercayai dibunuh teman lelaki di sebuah rumah sewa.

Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa berusia 52 tahun dan telah menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan dalam keadaan terbaring atas katil.

Teman serumahnya yang enggan dikenali berkata, dia menyedari mangsa bersama suspek tidak keluar bilik sejak Jumaat lalu dan terdengar suara orang menahan kesakitan namun tidak mengesyaki apa-apa-apa pada malam sebelum kejadian.

Polis turut mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama pada mayat mangsa.

Pengesahan kesan tikaman itu diperoleh hasil keputusan bedah siasat selama lapan jam yang dilakukan oleh pakar perubatan forensik Hospital Melaka.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!