Terserah Eda Ezrin untuk teruskan kerjaya seni atau tidak - Eddie Hamid

Eda Ezrin, Eddie Hamid
Eda Ezrin, Eddie Hamid
A
A
A

KOTA BHARU - "Terserah kepada Eda Ezrin untuk teruskan kerjaya seni atau tidak."

Itu reaksi komposer popular, Eddie Hamid apabila ditanya mengenai projek terbaharu dengan penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin yang dilepaskan daripada tuduhan miliki 6,059 pil kuda oleh Mahkamah Wilayah Narathiwat, Thailand pada Khamis.

Beliau yang sedang mengerjakan umrah ketika ini berkata, semua itu bergantung kepada keadaan Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30.

"Saya tumpang gembira dengan pembebasan itu. Lagipun Eda Ezrin sebahagian daripada penyanyi saya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Menurut Eddie, sejak ditahan awal lagi beliau percaya penyanyi berkenaan tidak bersalah berkait tuduhan tersebut.

Ujarnya, walaupun Eda Ezrin masih belum dibebaskan sepenuhnya, beliau yakin penyanyi itu akan keluar dalam masa terdekat.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Eda Ezrin bersama suami dan empat lagi rakan terlepas daripada penjara selepas dibebaskan daripada tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda yang ditemukan di dalam sebuah bilik hotel di Golok pada 1 November lalu.

Keputusan itu dibuat oleh dua panel hakim selepas meneliti semua keterangan saksi pendakwaan semasa tiga hari prosiding sebutan semula kes tersebut pada 11, 13 dan 14 Februari lalu.

Bagaimanapun, Eda Ezrin, suami serta empat rakannya tetap kembali semula ke Penjara Wilayah Narathiwat meskipun mereka dibebaskan daripada tuduhan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Tindakan itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah membebaskan kesemua rakyat Malaysia itu.

Peguam bela yang mewakili Eda Ezrin, Sufian Abdul Aziz berkata, pendakwa raya boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!