Keluarga dakwa anak maut selepas terima suntikan mohon maaf

Sivanesan (kanan) memaklumkan keluarga kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Teluk Intan telah memohon maaf atas hantaran yang dibuat di media sosial.
Sivanesan (kanan) memaklumkan keluarga kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Teluk Intan telah memohon maaf atas hantaran yang dibuat di media sosial.
A
A
A

PARIT - Dua ahli keluarga kepada kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Teluk Intan telah memberikan keterangan berhubung dakwaan kecuaian perubatan yang tular di media sosial.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, bapa dan ibu saudara mangsa hadir ke hospital pada Khamis selepas diminta memberi penjelasan mengenai hantaran yang dibuat mereka sebelum ini.

Menurutnya, ibu saudara mangsa telah menyatakan rasa kesal dan memohon maaf atas hantaran tersebut.

"Saya dihubungi oleh ibu saudara mangsa beberapa kali dan dia menyatakan rasa kesal dan meminta maaf dengan hantaran telah dibuatnya itu.

"Saya juga minta mereka berdua pergi ke hospital pagi ini untuk beri kenyataan kenapa mereka membuat hantaran di media sosial itu dan pihak hospital juga akan menerangkan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan peluncuran Op Ramadan peringkat negeri Perak di Bazar Ramadan Seri Iskandar Busness Centre (SIBC) di sini.

Tambahnya, dengan permohonan maaf tersebut, pihaknya menganggap isu berkenaan telah selesai, namun siasatan masih diteruskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kejadian ini harus dijadikan iktibar dengan tidak membuat hantaran yang mengandungi fakta tidak benar dan berunsur jahat yang menyalahi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Media sebelum ini melaporkan JKN Perak menyiasat dakwaan keluarga kononnya kematian mangsa akibat kecuaian ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Teluk Intan.

Insiden menimpa kanak-kanak itu dilaporkan sebuah portal berbahasa Inggeris, Jumaat lalu, apabila mangsa dikatakan menerima beberapa suntikan sebelum disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!