X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: San Francisco umum darurat

Bandar San Francisco diisytiharkan darurat sebagai langkah berwaspada susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).
A
A

SAN FRANCISCO - Bandar San Francisco diisytiharkan darurat sebagai langkah berwaspada susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Datuk Bandarnya, London Breed, biarpun tiada kes jangkitan dikesan di kota berkenaan, namun langkah itu diambil sebagai persediaan meskipun tiada kes dilaporkan setakat ini.

“Kita perhatikan wabak itu menular setiap hari di seluruh dunia. Jadi, langkah ini perlu bagi melindungi penduduk San Francisco daripada bahaya," katanya menerusi New York Post.

Dalam pada itu menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), tindakan terhadap bandar keempat terbesar di California itu dibuat selepas melihat penularan wabak di beberapa buah negara lain.

“Belum ada kes positif yang disahkan setakat ini, tetapi melihatkan situasi penularan global kini yang semakin meningkat, kita perlu bersedia lebih awal,” kata agensi itu menerusi satu kenyataan di sini.

Untuk rekod, dalam 14 kes melibatkan AS, kebanyakan kes membabitkan sejarah perjalanan dan dua daripadanya pula dipercayai telah berjangkit melalui manusia ke manusia, iaitu pasangan suami isteri selepas salah seorang dari mereka pulang dari China.

Ia juga termasuk 39 kes rakyatnya dikuarantin melibatkan kapal persiaran Diamond Princess di pelabuhan Jepun.