Lebih 30 kawasan naik air di Melaka

APM Jasin membantu mangsa terjejas banjir di Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau, pada Khamis.
APM Jasin membantu mangsa terjejas banjir di Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Hujan lebat lebih empat jam menyebabkan sekurang-kurangnya 34 kawasan di tiga daerah dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, berkata empat pusat pemindahan sementara (PPS) masing-masing tiga di Melaka Tengah dan satu di Jasin diaktifkan sejak jam 12.30 tengah hari.

Mangsa banjir termasuk warga emas dipindahkan ke PPS SMK Dang Anum Merlimau, Jasin.
Mangsa banjir termasuk warga emas dipindahkan ke PPS SMK Dang Anum Merlimau, Jasin.

Menurutnya, PPS dibuka di Melaka Tengah termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Malim, Balai Raya Kampung Lapan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong.

"Setakat ini satu pusat pemindahan dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum di Jasin.

"Bagaimanapun, jumlah semua mangsa belum dapat dipastikan sehingga selesai pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Salah sebuah rumah penduduk terjejas akibat banjir di Merlimau.
Salah sebuah rumah penduduk terjejas akibat banjir di Merlimau.

Terdahulu, hujan lebat mengakibatkan 17 kampung dan 15 taman perumahan di Melaka Tengah serta sekurang-kurangnya dua kampung di Jasin, terjejas.

Katanya, antara kawasan terjejas termasuklah Kampung Pengkalan Rama, Chetty, Limbongan, Batu Berendam, Banda Hilir, Klebang Kecil dan Taman Gadong Perdana.

Artikel Berkaitan:

"Manakala dua kawasan terlibat di Jasin adalah di Kampung Kilang Berapi dan Asam Kumbang," katanya.

Sementara itu tinjauan di Kampung Kilang Berapi, Merlimau, Jasin mendapati kerja pemindahan mangsa terjejas giat dilakukan pihak berkuasa dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Selain itu, beberapa laluan juga dinaiki air dan tidak boleh dilalui dan orang ramai terpaksa menggunakan jalan alternatif.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!