Hujan lebat sejak Isnin, tiga PPS dibuka di Kelantan

KOTA BHARU - Seramai 56 orang penduduk di Tanah Merah terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami banjir susulan hujan lebat sejak Isnin.
Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan berkata, kesemua mangsa sedang berlindung di tiga buah PPS.
"Sekiranya hujan lebat dan paras air meningkat, ia akan memberi risiko banjir yang tinggi.
"Kami menasihati semua penduduk di kawasan rendah dan berisiko untuk segera berpindah ke pusat pemindahan yang disediakan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

