Nenek maut, anak, cucu cedera nahas dua kereta

Seorang wanita warga emas maut, manakala anak dan cucunya cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 9.8, Jalan Kota Tinggi - Kluang, pagi Rabu. - Foto IPD Klta Tinggi
Seorang wanita warga emas maut, manakala anak dan cucunya cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 9.8, Jalan Kota Tinggi - Kluang, pagi Rabu. - Foto IPD Klta Tinggi
A
A
A

KOTA TINGGI – Seorang wanita warga emas maut manakala anak dan cucunya cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 9.8, Jalan Kota Tinggi - Kluang pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, maklumat berhubung kemalangan membabitkan kereta Proton Saga berwarna merah dan emas itu diterima pada jam 8.45 pagi.

"Kemalangan berlaku apabila Proton Saga berwarna merah dipandu remaja lelaki berusia 18 tahun dari arah Kampung Lukut, Batu Ampat ke Kota Tinggi dipercayai memasuki laluan bertentangan.

"Ia menyebabkan kereta berkenaan bertembung di bahagian hadapan sisi kiri Proton Saga berwarna emas dinaiki tiga sekeluarga," katanya menerusi kenyataan akhbar pada Rabu.

Seorang wanita warga emas maut, manakala anak dan cucunya cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 9.8, Jalan Kota Tinggi - Kluang, pagi Rabu. - Foto IPD Klta Tinggi
Seorang wanita warga emas maut, manakala anak dan cucunya cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer 9.8, Jalan Kota Tinggi - Kluang, pagi Rabu. - Foto IPD Klta Tinggi

Menurut beliau, akibat kemalangan itu, penumpang hadapan Proton Saga warna emas iaitu wanita berusia 59 tahun parah di bahagian kepala dan meninggal ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Katanya, pemandu kereta berusia 26 tahun bersama anaknya berusia dua tahun turut cedera dan kini sedang mendapatkan rawatan hospital.

"Pemandu Proton Saga merah mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!