74 peratus daripada lebih 72,500 netizen sokong bubar Parlimen

Tangkap layar undian talian di akaun Facebook Sinar Harian.
Tangkap layar undian talian di akaun Facebook Sinar Harian.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kira-kira 74 peratus daripada lebih 72,500 netizen bersetuju dengan cadangan pembubaran Parlimen dalam membentuk kerajaan baharu selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan petang kelmarin.

Ini berdasarkan kaji selidik dalam talian menerusi Facebook kendalian Sinar Harian pada 24 Februari lalu.

Undian selama lebih 24 jam itu menarik undian 72,500 netizen untuk membuat pilihan sama ada bubar Parlimen atau majoriti Dewan Rakyat.

Sementara itu, undian bagi majoriti Dewan Rakyat hanya memperoleh 26 peratus sahaja sekali gus memberi bayangan bahawa rakyat mahukan pembubaran Parlimen dan mahu dilaksana secara demokrasi serta bebas.

Selain daripada membuat undian sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan itu, netizen turut meninggalkan pelbagai pandangan dalam ruang komen.

Netizen yang menggunakan nama Mohammad Sidik Rodi berkata, menyokong apa yang dilaksanakan oleh Dr Mahathir ketika ini kerana ia memberi kelebihan kepada orang Melayu Islam khasnya.

"Lagipun terlalu banyak kes berunsur perkauman dan agama sejak sebelum ini, sekarang ada sampai masa dan ketikanya untuk orang Melayu bersatu demi agama, bangsa dan negara." ujarnya lagi.

Komen positif yang ditinggalkan oleh Azrulezuan Adam yang mahukan majoriti Dewan Rakyat bagi mengelakkan berlaku pilihan raya kerana ia tidak ekonomi.

Artikel Berkaitan:

"Tak yah bubar Parlimen perabih duit rakyat, bagi je mereka, rakyat tetap same pagi-pagi kene cari rezeki jual nasik lemak, buat food panda, turun ke laut, menoreh getah," katanya.

Sementara itu, Shah bersetuju jika pembubaran Parlimen dilaksanakan kerana itu adalah langkah terbaik.

"Bubarkan Parlimen cara terbaik, jangan ada musuh antara kita sesama manusia. Tak akan ada hasilnya. Pulihkan ekonomi negara untuk rakyat lebih banyak pahalanya dari bermusuh antara satu sama lain," katanya.