Dihasut teman lelaki, gadis letak racun dalam makanan berbuka puasa bapa

SULAWESI - Seorang remaja perempuan tergamak cuba meracun bapanya sendiri pada ketibaan Ramadan.
Pelaku dikenali sebagai GN, 17, cuba mencampurkan racun di dalam juadah berbuka puasa bapanya.
Cubaan itu bagaimanapun tidak berjaya selepas disedari bapanya yang berasa curiga dengan hidangan tersebut ketika kejadian di Bone, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Sabtu lalu.
"Lelaki itu bertindak segera membuang makanan tersebut kerana bau yang pelik. Dia turut melaporkan kejadian tersebut, namun enggan meneruskan pendakwaan kerana anaknya masih di bawah umur.
"Racun yang digunakan anaknya adalah jenis sidamethrin," kata Kasi Humas Polres Bone, Iptu Rayendra.
Menurutnya lagi, pelaku mengakui perbuatannya dan mendedahkan telah disuruh teman lelakinya berbuat demikian.
"Dia sempat disoal siasat dan dikembalikan semula kepada keluarganya yang mahu menolak laporan itu. Motif sebenar dia berbuat demikian masih tidak jelas," ujarnya lagi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

