Daging salai

KUALA PILAH - Peniaga daging salai Juliana Mohamad, 43, menunjukkan daging yang dijual di gerainya di Kampung Terachi, di tengah jalan antara Bandaraya Seremban dan Bandar Kuala Pilah, yang terkenal dengan daging salai.
Dia yang sudah sembilan tahun berniaga daging salai memulakan perniagaan dengan menjual hasil hutan iaitu petai serta buah-buahan kampung sebelum beralih arah menjual daging salai apabila melihat potensi peniagaan itu boleh berkembang dan kini perniagaannya itu menjadi ikutan penduduk di sekitar kampung Terachi dan sekitarnya.
Juliana menjual daging salai antaranya Ikan Sembilang, Ayam, Itik serta daging Lembu dengan harga yang berpatutan dari RM30-35 seekor untuk Ayam dan Itik sementara Ikan 5 ekor untuk RM20 dan RM50 untuk daging Lembu.
Kini daging Salai merupakan ikonik untuk Daerah Kuala Pilah serta Negeri Sembilan yang terkenal dengan masakan lemak cili padi daging salai. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
