Yakin Medic lebar sayap ke Singapura

Patrick (tiga dari kanan), Jerry (dua dari kiri) dan Cannis (tiga dari kiri) memeterai perjanjian penglibatan Pra-IPO Yakin Medic di bursa Singapura, disaksikan King Sing (empat dari kanan) pada Jumaat.
Patrick (tiga dari kanan), Jerry (dua dari kiri) dan Cannis (tiga dari kiri) memeterai perjanjian penglibatan Pra-IPO Yakin Medic di bursa Singapura, disaksikan King Sing (empat dari kanan) pada Jumaat.
A
A
A

YAKIN Medic Sdn Bhd merancang untuk disenaraikan di Papan Catalist Bursa Singapura (SGX) menerusi tawaran awam permulaan (IPO) yang dijangka berlangsung pada suku keempat 2025 atau awal 2026.

IPO tersebut dijangka mengumpul RM100 juta, dengan RM70 juta diperuntukkan bagi pembangunan dan naik taraf kilang di Cyberjaya, manakala selebihnya akan digunakan untuk pengembangan pasaran luar negara, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pembinaan makmal satelit.

Perjanjian penglibatan Pra-IPO Yakin Medic di bursa Singapura dimeterai antara Pengasas Yakin Medic, Patrick Tan; Ketua Pegawai Eksekutif Evolve Capital Advisory, Jerry Chua dan Pengerusi MCI Capital, Cannis Chan.

Patrick Tan FOTO : ASRIL ASWANDI SHUKOR
Patrick Tan FOTO : ASRIL ASWANDI SHUKOR

Menurut Patrick, IPO itu akan membiayai pengem-bangan syarikat dalam terapi sel stem hidup dan inisiatif penjagaan kesihatan lain.

“Hasil IPO ini akan membantu kami mengembangkan rawatan sel stem generasi baharu secara global. Kami menyasarkan untuk menghasilkan sel stem bagi 5,000 pesakit setiap tahun menjelang 2027,” katanya pada sidang akhbar perjanjian persefahaman (MoU) berkenaan pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing.

Patrick berkata, pembangunan dan pentauliahan kemudahan pengeluaran baharu di Cyberjaya dijangka mengambil masa kira-kira satu setengah tahun.

Tambahnya, Yakin Medic giat berusaha mengekalkan piawaian tinggi dalam kultur sel, dengan paten yang diperoleh dari Universiti California, Davis, salah satu universiti awam terkemuka di Amerika Syarikat.

Artikel Berkaitan:

“Sel stem kami dihasilkan mengikut piawaian kese-lamatan ketat dan disahkan oleh komuniti saintifik. Kami percaya terapi ini boleh meningkatkan kualiti hidup dan matlamat kami menjadikannya lebih mudah diakses oleh semua,” ujarnya.

Ditubuhkan pada 2014, Yakin Medic dikenali sebagai penyedia terapi sel stem canggih di pasaran utama Asia dan memainkan peranan dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan perubatan.

Syarikat bioteknologi tempatan Malaysia itu merupakan anak syarikat kepada Yakin Invest Corporation, sebuah syarikat pelaburan yang beroperasi dalam pelbagai sektor.

Selain pasaran tempatan, Yakin Medic juga telah mengembangkan operasinya ke peringkat antarabangsa termasuk China, Dubai, Indonesia, dan Hong Kong.

Sebagai syarikat Malaysia, Yakin Medic turut menyokong industri pelancongan peruba-tan negara dengan menarik pesakit dari luar negara untuk mendapatkan rawatan sel stem berkualiti tinggi pada kos lebih berpatutan berbanding negara-negara Barat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!