500 hadir solidariti untuk Adly

Sebahagian NGO yang hadir pada perhimpunan solidariti untuk mengekalkan pentadbiran kerajaan PH di bawah kepimpinan Adly di luar pekarangan Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
Sebahagian NGO yang hadir pada perhimpunan solidariti untuk mengekalkan pentadbiran kerajaan PH di bawah kepimpinan Adly di luar pekarangan Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kira-kira 500 orang dari badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun bagi menzahirkan solidariti untuk mempertahan dan mengekalkan kepimpinan Ketua Menteri, Adly Zahari di luar pekarangan Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Pengerusi Gerakan Rakyat Melaka, Aminuddin Abdul Jalil berkata, perhimpunan pada hari pertama ini berjaya menghimpunkan tujuh NGO dari pelbagai latar belakang dan akan meneruskan perhimpunan tersebut pada hari seterusnya.

Menurutnya, perhimpunan tersebut juga bertujuan ‘menutup mulut’ kumpulan pengkhianat yang cuba menggugat dan menjentik kedudukan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) yang telah dibina dalam tempoh setahun sembilan bulan ini.

"Perhimpunan ini untuk kita memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan Adly dan juga Pakatan Harapan (PH) untuk terus kekal bersama membangunkan negara khususnya di negeri Melaka.

"Sebagai rakyat Melaka, kita akan terus mendukung usaha kerajaan negeri dan menolak usaha pihak pengkhianat yang mahu menumbangkan kerajaan PH dan kita yakin usaha itu tidak akan berjaya," katanya.

Aminuddin ketika melaungkan perkataan 'kekal Adly'.
Aminuddin ketika melaungkan perkataan 'kekal Adly'.

Dalam perhimpunan tersebut, peserta-peserta yang hadir turut melaungkan 'kekal Adly'.

Selain Gerakan Rakyat Melaka, beberapa pihak termasuklah Pertubuhan Gagasan Keadilan, Angkatan Anak Muda Melaka dan Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Melaka yang mula berkumpul di pekarangan Seri Negeri seawal jam 8 pagi tadi.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, landskap politik negeri dijangka berubah susulan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) keluar daripada gabungan PH.

Semalam, Adly turut menyatakan pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan seperti biasa sekali gus mengesahkan beliau kekal sebagai Ketua Menteri dan menjalankan tugas serta tanggungjawab seperti biasa.

PH dan Barisan Nasional negeri masing-masing mempunyai 13 kerusi DUN manakala Bersatu dua kerusi.