Lebih 100 rakyat Malaysia dipenjara di Narathiwat

Lebih 100 rakyat Malaysia yang dipenjarakan di Penjara Wilayah Narathiwat adalah dari Kelantan dan Terengganu. (Gambar kecil: Chanthep)
Lebih 100 rakyat Malaysia yang dipenjarakan di Penjara Wilayah Narathiwat adalah dari Kelantan dan Terengganu. (Gambar kecil: Chanthep)
A
A
A

NARATHIWAT, THAILAND - [DIKEMAS KINI] Lebih 100 rakyat Malaysia yang dipenjarakan di Penjara Wilayah Narathiwat, di sini kebanyakannya adalah dari Kelantan dan Terengganu.

Ketua Pengarah Penjara Pusat Narathiwat, Komander Surin Chanthep berkata, kesemua mereka menerima hukuman tersebut melibatkan kesalahan berkaitan dadah.

"Kebanyakan mereka berusia antara 20 hingga 40 tahun itu perlu menjalani hukuman paling lama di sini, tidak melebihi 30 tahun penjara," katanya kepada pemberita.

Mengulas mengenai layanan terhadap banduan dari Malaysia, Chanthep memberitahu, mereka dilayan sama rata, tanpa sebarang perbezaan dengan banduan tempatan.

Ujarnya, mereka yang beragama Islam dibenarkan beribadah seperti biasa, malah pihak penjara memberi galakan untuk mereka beramal lebih daripada biasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!