Pejalan kaki maut digilis lori

PUCHONG - Seorang lelaki maut selepas dipercayai digilis lori dalam kemalangan di Lebuhraya Bukit Jalil dari Kinrara menghala IOI Puchong di sini pada Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.59 pagi.
"Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Anggota bomba yang tiba di lokasi pada jam 9.08 pagi mendapati seorang individu dipercayai pejalan kaki berumur lingkungan 50-an berada di bawah tayar lori," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, anggota bomba bertugas kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.
"Mangsa yang berjaya dikeluarkan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada KKM untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

