PBT diminta beri pertimbangan, peralatan peniaga disita dipulangkan

Anggota JPSPPA, MPHS telah menjalankan satu tindakan penguatkuasaan terhadap barangan penjaja yang diletakkan dan ditinggalkan di tempat awam pada Rabu. - Foto: FB MPHS
Anggota JPSPPA, MPHS telah menjalankan satu tindakan penguatkuasaan terhadap barangan penjaja yang diletakkan dan ditinggalkan di tempat awam pada Rabu. - Foto: FB MPHS
A
A
A

HULU SELANGOR - Susulan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang meninggalkan barangan perniagaan di tempat awam di Persiaran Tasik Teratai, Bukit Sentosa, pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) wajar mengambil pendekatan lebih bertimbang rasa, khususnya menjelang bulan Ramadan.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Saifuddin Shafi Muhammad memaklumkan, beliau akan berjumpa dengan Yang Dipertua MPHS, Julaihah Jamaludin bagi membincangkan perkara ini.

Saifuddin Shafi Muhammad
Saifuddin Shafi Muhammad

Jelasnya, menerusi perbincangan tersebut, beliau mencadangkan agar pihak berkuasa untuk memberikan pertimbangan kepada peniaga terbabit, termasuk memulangkan semula peralatan yang telah disita.

“Kita memahami kesulitan yang dihadapi peniaga, lebih-lebih lagi dengan Ramadan yang semakin hampir. Sebagai pentadbir, kita juga harus bersikap adil dan memberikan pertimbangan sewajarnya.

"Walaupun tindakan sitaan itu bertujuan memberi pengajaran, namun saya mencadangkan agar pihak berkuasa itu dapat mengembalikan peralatan yang disita bagi kegunaan peniaga untuk berniaga pada bulan Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Terdahulu, dalam operasi dijalankan, MPHS telah mengambil tindakan di bawah Seksyen 46(3) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 selepas sekumpulan peniaga gagal mematuhi notis am yang dikeluarkan pada 23 Januari 2025.

Lebih menyedihkan, terdapat rungutan dalam kalangan peniaga yang mendakwa dikenakan kompaun berjumlah ribuan ringgit sehingga mereka tidak mampu untuk melunaskannya.

Dalam pada itu, Saifuddin berharap agar peniaga mematuhi peraturan sedia ada dan menguruskan perniagaan mereka dengan lebih bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga akan terus mencari jalan terbaik bagi memastikan kesejahteraan peniaga dan penduduk setempat terpelihara,” tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!