Polis kejar Pajero 15km, rampas RM6.4 juta syabu

Polis Kelantan menjejaki seorang lelaki berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Mohd Faisal Mohd Hanaffi bagi membantu siasatan berhubung rampasan 200kg syabu bernilai RM6.4 juta di Kampung Bechah Resak, Chabang Empat, Tumpat pada Ahad lalu.
Polis Kelantan menjejaki seorang lelaki berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Mohd Faisal Mohd Hanaffi bagi membantu siasatan berhubung rampasan 200kg syabu bernilai RM6.4 juta di Kampung Bechah Resak, Chabang Empat, Tumpat pada Ahad lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan menjejaki seorang lelaki berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Mohd Faisal Mohd Hanaffi bagi membantu siasatan berhubung rampasan 200kg syabu bernilai RM6.4 juta di Kampung Bechah Resak, Chabang Empat, Tumpat pada Ahad lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, lelaki terbabit merupakan pemilik kepada pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang digunakan untuk membawa dadah terbabit.

"Semasa penugasan Op Taring Wawasan pada kira-kira jam 8.30 malam, Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan telah mengekori sejauh 15 kilometer Mitsubishi Pajero yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kasban menghala ke Sekat Pintas Nibong.

"Ketika cuba ditahan, pemandu kenderaan itu bertindak melarikan diri dan merempuh penghalang jalan. Kenderaan tersebut telah dikejar sehingga ke Kampung Bunohan, dengan suspek bertindak menghimpit kenderaan anggota," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.

Menurut beliau, kenderaan itu bagaimanapun berhenti Kampung Bechah Resak selepas tayarnya pancit.

Ujarnya, bagaimanapun dua suspek dalam kenderaan tersebut meloloskan diri ke kawasan belakang rumah penduduk kampung.

Mohd Yusoff (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu bernilai RM6.4 juta yang berjaya dirampas oleh Batalion 7 PGA Kuantan.
Mohd Yusoff (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu bernilai RM6.4 juta yang berjaya dirampas oleh Batalion 7 PGA Kuantan.

Mohd Yusoff memberitahu, hasil pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan 200 bungkusan plastik mengandungi dadah disyaki syabu seberat 200kg.

“Kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dan usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menghubungi polis pada talian 0197400741 atau balai berhampiran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!