X

Kindly register in order to view this article
!

Aprena Manrose bintangi filem seram atasi ketakutan

Aprena menjayakan watak seorang gadis misteri bernama Mawar yang sebenarnya seorang puntianak. - Foto Empire Film Solution Sdn Bhd
A
A

PELAKON Aprena Manrose mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi ketakutan terhadap naskhah seram dengan membintangi filem bergenre sama berjudul Jodoh Syaitan.

Bukan membawakan watak biasa, sebalik Aprena menjayakan watak seorang gadis misteri bernama Mawar yang sebenarnya seorang puntianak.

Ujar Aprena, pembabitannya dalam filem tersebut ternyata memberi kelainan buat dirinya berbanding lakonannya sebelum ini.

“Saya gembira apabila diberi peranan watak seorang puntianak memandangkan belum pernah melakonkan watak sebegini.

“Tidak dinafikan ia memberikan cabaran tersendiri memandangkan saya sendiri seorang yang penakut. Jadi, saya kena betul-betul jadi berani untuk menjayakan watak yang diberikan ini,” katanya.

Aprena atasi ketakutan dengan membintangi filem seram. - Foto Empire Film Solution Sdn Bhd
Aprena atasi ketakutan dengan membintangi filem seram. - Foto Empire Film Solution Sdn Bhd

Menurut Aprena, pada awalnya dia memang teruja apabila ditawarkan berlakon dalam filem itu, tetapi dia mula hilang keyakinan kerana bimbang tidak mampu menjayakannya.

“Alhamdulillah, penerbit sendiri iaitu arwah abang Assey banyak berikan keyakinan. Tanpa arwah, mungkin saya tidak akan terbabit dalam filem Jodoh Syaitan.

“Lagipun saya tidak perlu menjalani casting untuk filem ini dan semuanya telah dipermudahkan. Saya anggap ia satu rezeki yang tidak dijangka sebagai pelakon baharu,” ujarnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus