'ALLAH pinjamkan Hud Aryan'

Mohd Haki (kiri) bertemu Azean Suhailey di pekarangan Unit Forensik, Hospital Tanah Merah.
Mohd Haki (kiri) bertemu Azean Suhailey di pekarangan Unit Forensik, Hospital Tanah Merah.
A
A
A

TANAH MERAH - Suasana pilu menyelubungi Unit Forensik Hospital Tanah Merah selepas kanak-kanak yang hilang, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi ditemukan meninggal dunia di sungai berdekatan rumah neneknya.

Ibu saudara mangsa, Azean Suhailey Ramley, 42, bagaimanapun, tetap bersyukur apabila jasad anak saudaranya itu akhirnya ditemui selepas pencarian selama tiga hari.

"ALLAH pinjamkan kami Hud Aryan selama 19 bulan," katanya.

Katanya, semua persoalan mengenai kehilangan anak saudaranya itu juga terjawab.

"Alhamdulillah, Hud Aryan ditemui," katanya ketika ditemui pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, kanak-kanak berkenaan ditemui pada jam 4.30 petang dalam pencarian fasa kedua dan disahkan meninggal dunia.

Menurut beliau, pihaknya percaya kanak-kanak berkenaan jatuh ke sungai berdekatan kediaman neneknya.

"Mangsa lengkap berpakaian dan ditemukan kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian," katanya.

Jelas beliau, setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!