Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangan Masjid Al-Aqsa - PM

Anwar bersama Sheikh Dr Ekrima di Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra, Putrajaya pada Isnin. Foto Bernama
Anwar bersama Sheikh Dr Ekrima di Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra, Putrajaya pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima Sa’id Sabri semalam sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Beliau berkata, pertemuan dengan Imam Masjid Al-Aqsa itu juga penting bagi membantu dalam usaha pembangunan semula Gaza.

"Ruang (pertemuan) ini juga penting supaya pemain institusi pendidikan negara dapat menjalin hubungan dengan Universiti Al-Quds di Baitulmuqaddis demi kelangsungan ilmu dan pembangunan umat Palestin.

"Baitulmuqaddis bukan sekadar sejarah, ia amanah yang perlu kita pertahankan dan bangunkan demi masa depan ummah!” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Semalam, Sheikh Dr Ekrima menjadi tetamu istimewa pada Majlis Ilmu Madani di Putrajaya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!