Wen Ken taja 3,000 botol air penyejuk Cooltopia sempena Jaulah Iftar Student

Chris ketika simbolik penyerahan penajaan kepada wakil Sinar Harian di pejabatnya di sini pada Selasa. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Chris ketika simbolik penyerahan penajaan kepada wakil Sinar Harian di pejabatnya di sini pada Selasa. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PETALING JAYA - Syarikat produk kesihatan tradisional, Wen Ken Marketing (M) Sdn Bhd menaja 3,000 botol air penyejuk badan cap kaki tiga, Cooltopia sempena program Jaulah Iftar Student anjuran Sinar Harian yang bakal diadakan pada Mac nanti.

Pengarah Perniagaan Kumpulan Wen Ken Marketing (M) Sdn Bhd, Chris Lim Hong Eng berkata, pemberian produk terbaharu itu bertujuan menyantuni pelajar universiti menjelang Ramadan tidak lama lagi di samping melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menurut beliau, pihaknya selaku entiti gergasi beroperasi selama 88 tahun mahu menjayakan aktiviti sebegini memandangkan CSR sudah sebati dengan norma syarikat berkenaan.

Chris bergambar bersama beberapa produk keluaran syarikatnya. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Chris bergambar bersama beberapa produk keluaran syarikatnya. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Sudah semestinya bukan yang terakhir, kami akan terus menaja program sebegini kerana sebelum ini pun kami ada kolaborasi dengan organisasi besar seperti Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM), malah produk Wen Ken masih mendapat permintaan tinggi di pasaran.

“Produk ikonik kami iaitu air penyejuk badan cap kaki tiga mencapai sasaran jualan sebanyak RM1 juta sehari di Malaysia, Singapura, Indonesia dan lain-lain. Tetapi, untuk tahun ini, kami mahu fokus dalam mengembangkan lagi pasaran di Arab Saudi dengan memperkenalkan produk termasuk yang baharu iaitu Cooltopia.

“Air Cooltopia ada empat perisa seperti jambu batu, limau, laici dan pic. Kebiasaannya pengguna tiada selera makan ketika demam, jadi kami tambahkan perisa agar deria rasa mereka kembali semula. Namun, bahan utama tetap sama iaitu gypsum fibrosum serta calcitum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di bangunan The Plaza Taman Tun Dr Ismail, di sini pada Selasa.

Ditanya lebih lanjut mengenai produk-produk keluaran Wen Ken khususnya air penyejuk badan, Chris memaklumkan, ramai tidak tahu bahawa ia terinspirasi daripada sekumpulan buruh yang bekerja kuat sewaktu Malaysia dan Singapura masih lagi bergabung.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, disebabkan melihat kuli bekerja di bawah terik matahari, syarikat mula mengorak langkah dengan memperkenalkan air penyejuk badan sehingga menjadi pilihan ramai.

“Kini boleh dikatakan syarikat kami selaku penyedia farmaseutikal yang produknya lazim dijual pada harga berpatutan selari visi ingin membantu masyarakat dari generasi ke generasi.

“Syarikat amat mementingkan keberkesanan produk dan selamat digunakan pelbagai kelompok umur, inilah elemen serta keistimewaan yang kami pegang.

“Jadi, saya berharap agar syarikat konsisten memberikan kesedaran kesihatan kepada pengguna terutamanya menerusi minuman Cooltopia. Kami tidak terlalu menekankan air penyejuk badan yang lama kerana ia sudah dikenali ramai sejak dahulu lagi,” ujar Chris.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!