4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
24 Februari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu lain sebagai saksi dalam kes itu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SPRM #Rasuah #kespegawaiIsmailSabri
