PGA serbu 'port' ketum

TUMPAT - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menyerbu sebuah rumah yang dipercayai menjadi 'port' ketum semasa penugasan Op Taring Wawasan di Kampung Telaga Lanas, di sini pada Sabtu.
Serbuan jam 2 petang itu, berjaya menahan seorang lelaki, 51, positif dadah jenis methamphetamine bagi bantu siasatan.
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan di lokasi terbabit telah menemukan tiga botol serta lima bungkus air ketum.
"Kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Suspek dan barangan rampasan dibawa ke IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Tumpat untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita pada Ahad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

