COURTS, lima rakan strategik jalin kerjasama

Harry Higashiura (tengah) bersama wakil rakan strategik melancarkan kempen Tradisi Bertemu Inovasi di COURTS Setapak, baru- baru ini.
Harry Higashiura (tengah) bersama wakil rakan strategik melancarkan kempen Tradisi Bertemu Inovasi di COURTS Setapak, baru- baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM- COURTS Malaysia bersama lima rakan strategik menjalinkan kerjasama untuk memperkasa tawaran produk dengan menggabungkan elemen tradisi dan inovasi untuk mencipta pengalaman membeli-belah lebih bermakna sempena sambutan hari raya.

Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia, Harry Higashiura berkata, lima rakan strategik itu ialah Sharp Electronics Malaysia Sdn Bhd (Sharp Malaysia), Neckpro oleh Carest Bedding Sdn Bhd (Neckpro), Sony Malaysia (Sony), Silentnight Malaysia (Silentnight) dan LG Electronics Malaysia (LG).

Menurutnya, kerjasama itu dijangka dapat memperkukuh nilai tambah kepada pelanggan melalui inovasi, kualiti serta penyelesaian kewangan berinovatif.

“Pelan EZ Payment-i dapat memberi peluang kepada pelanggan dalam mencari bayaran yang patuh syariah dan bayaran ansuran yang lebih beretika.

HARRY HIGASHIURA
HARRY HIGASHIURA

“Pelan ini telah dilancarkan sejak tahun lalu dan kami menerima maklum balas yang memberansangkan. Proses permohonan sangat mudah dengan kadar serendah 0.77 peratus sahaja.

“Kami percaya bahawa setiap pelanggan mempunyai impian namun tidak semua mampu merealisasikannya. COURTS berusaha untuk memastikan produk-produk berkualiti kini lebih mudah diakses pelanggan terutama menjelang musim perayaan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Kempen Raya 2025: Tradisi Bertemu Inovasi, di sini, baru-baru ini. Hadir sama Pengurus Besar LG, Douglas Chung; Pengarah Urusan Sharp Malaysia, Ting Yang Chung; Ketua Pegawai Eksekutif Neckpro, Koo Yee Fei; Pengurus Besar Sony Malaysia, Chiw Yew Meng dan Pengurus Korporat Silentnight, Alec Liong.

YEW MENG
YEW MENG

Artikel Berkaitan:

Harry Higashiura berkata, COURTS turut menawarkan perkhidmatan seperti penghantaran dan pemasangan pendingin hawa pada harga terendah bermula RM99.

“Pelanggan juga boleh memilih hadiah bernilai sehingga RM2,000 apabila membeli melalui pelan Pembayaran EZ.

“Hadiah menarik seperti Samsung Galaxy S24 Ultra, TV Pintar Hisense dan baucar tunai bernilai RM1,000 turut menanti 38 pelanggan yang berbelanja RM500 ke atas dan berpeluang untuk mendapatkan tiga kali penyertaan untuk pembelian produk rakan strategik," katanya.

Produk berkualiti

Harry turut menjangkakan pertumbuhan dalam jualan sekitar 20 peratus bagi kempen tersebut dengan menawarkan pengalaman membelibelah yang lebih mudah tanpa tekanan kepada pelanggan.

“Antara faktor menyumbang kepada jangkaan ini adalah kemajuan dalam teknologi terutama bidang kecerdasan buatan (AI). Masih ramai yang belum mengetahui cara untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian.

“Kami bukan sekadar menjual produk atau jenama, tetapi bertanggungjawab membantu pelanggan membayangkan bagaimana teknologi ini boleh mengubah kehidupan mereka,” katanya.

CHEE FOO
CHEE FOO

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi COURTS Malaysia, Sam Chee Foo berkata, bersempena dengan musim perayaan, COURTS menawarkan pelbagai manfaat eksklusif bagi membantu pelanggan menjadikan sambutan raya lebih bermakna.

“Antaranya cashback sehingga RM2.5 juta bagi setiap pembelian produk LG.

“Kami turut memberi diskaun sehingga 30 peratus bagi jenama Sharp, Sony, Silentnight, dan NeckPro. Pelanggan juga mempunyai pilihan bayaran ansuran patuh syariah iaitu EZ Payment-i bagi memudahkan akses kepada produk berkualiti tinggi,” katanya.

Kerjasama bersama COURTS Sementara itu, Yew Meng berkata, kerjasama bersama COURTS selaras dengan matlamat mereka untuk menawarkan manfaat yang lebih besar kepada pelanggan tempatan.

“Kami ingin menyokong COURTS dengan menyediakan produk SmartSony Malaysia yang dapat memberi manfaat kepada pengguna dalam kehidupan seharian melalui pelbagai skim promosi.

“Selain meningkatkan jualan, kami juga berharap dapat memberi kepuasan kepada pelanggan tempatan yang merupakan matlamat utama kempen ini dilaksanakan bersama,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!