'Tiada keperluan asing pesakit kusta'

Laporan Sinar Harian mengenai wabak kusta yang melanda di Kuala Pilah.
Laporan Sinar Harian mengenai wabak kusta yang melanda di Kuala Pilah.
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan bahawa situasi kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan tiada keperluan pengasingan atau kuarantin dilakukan di kawasan terlibat

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu berdasarkan pemantauan dan tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan.

Menurutnya, masyarakat diseru agar tidak panik dan terus memberikan kerjasama kepada pasukan kesihatan dan pihak berwajib dalam usaha pengesanan serta kawalan jangkitan.

"Kerajaan negeri bersama KKM dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan terus memantau situasi ini dengan rapi dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, saringan kesihatan bagi mengesan kes kusta telah dimulakan pada Julai tahun lalu dan sembilan kes telah disahkan dan dirawat mengikut garis panduan perubatan ditetapkan KKM.

Ujarnya, kerajaan negeri turut bersedih atas pemergian seorang pesakit berusia 18 tahun dari Kampung Orang Asli Chergun yang meninggal dunia pada 17 Februari 2025 lalu.

Pada masa sama beliau menggesa orang ramai untuk mendapatkan maklumat sahih daripada pihak

berkuasa bagi mengelakkan sebarang penyebaran maklumat yang tidak tepat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!